Tuesday, 6 March 2018

Hilangkan Parut Dengan Hiruscar Gel: Skin Care Gel For Scars

Assalammualaikum guys :)


Kepada sesiapa yang ada masalah dengan parut, you guys boleh gunakan Hiruscar Gel ni dan so far aku pakai, memang berkesan. Semakin baru parut luka tu, semakin cepatlah gel bertindak balas dengan parut tu. 1st time aku beli masa latihan (zaman kadet) atas recommendation daripada Shafiqa a.k.a Mek sebab masa tu aku ada parut dekat bawah pipi, aku terjatuh masa latihan kawad pedang. Hahaha.  Then, aku pun beli dan pakailah Hiruscar Gel ni. Dalam masa 2 minggu, parut bawah pipi aku tu dah pudar dan lama-kelamaan gunakan gel ni di tempat yang sama, alhamdulillah parut tu pun hilang. Tapi semua orang tak sama tindakbalas terhadap Hiruscar Gel ni dan mungkin keberkesanannya bergantung kepada individu tersebut.

 Apa itu Hiruscar? 

Hiruscar adalah gel rawatan parut yang jelas-tidak berminyak dan membantu mengurangkan kesan luka dan parut. Formula gel yang ringan menjadikannya mudah untuk digunakan dan diserap. Mengandungi 6 ramuan penting, Hiruscar terbukti secara klinikal untuk membantu meratakan parut yang timbul, meringankan parut dan melembutkan/melancarkan parut yang lama.  Gel Hiruscar boleh digunakan untuk semua jenis bekas luka dan selamat digunakan di muka dan badan kerana formula mesra kulit. Ia juga memperbaiki dan menghilangkan luka secara semulajadi sambil melembutkan kulit. Untuk makluman, waktu rawatan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan, saiz, jenis dan keparahan parut.



Bagaimana Hiruscar Gel menyembuhkan parut? 

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan macam mana Hiruscar boleh menyembuhkan parut. Hiruscar Gel yang merangkumi 6 ramuan penting berpotensi menghilangkan bekas luka seperti parut selepas pembedahan dengan penyembuhan dan melembutkan. By the way, Hiruscar Gel ni juga mengurangkan tanda gelap yang ditinggalkan oleh bekas jerawat yang meradang dan membawa kembali kelembutan ke dalam kulit. Hiruscar juga menghalang bekas/parut luka merah yang biasanya muncul selepas luka baru sembuh.

Bila waktu yang sesuai menggunakan Hiruscar Gel ni?

Gunakan Hiruscar untuk merawat kulit yang terkena parut atau bahkan menghalangnya daripada muncul dalam pelbagai sebab seperti pembedahan, kemalangan, kesan terbakar, keradangan jerawat dan juga cacar air. Oh ya, jangan letakkan Hiruscar ni sekiranya luka masih belum kering dan masih dalam proses penyembuhan. 

Cara penggunaan Hirusscar Gel:
  • Ambil sedikit Hirusscar Gel pada hujung jari telunjuk dan kemudian sapukan Hiruscar pada kawasan parut dan gosok perlahan-lahan sehingga gel tersebut masuk ke dalam kulit atau parut. Aplikasikan sebanyak 2-3 kali dalam sehari selepas mandi. 
  • Untuk penggunaan muka, sapukan gel sebelum menggunakan pelembap atau solek untuk menyerap lebih berkesan. 
  • Untuk bekas parut lama yang jelas dan menonjol, urutkan kawasan yang tersebut selama 2-3 minit, 3-4 kali sehari dan terus lakukan selama kira-kira 4-6 bulan. 
  • Untuk mengelakkan luka yang masih baru meninggalkan parut, sebaiknya luka telah pulih sepenuhnya dan gunakan gel secara berterusan selama 4-8 minggu. 6-8 minggu rawatan berterusan dicadangkan untuk pembedahan dan tanda jerawat. 8 minggu rawatan berterusan dicadangkan untuk kebakaran dari kebakaran, paip ekzos atau air panas. 

Monday, 5 March 2018

Mass Communication (UiTM Di Hatiku): Passionately Different

Assalammualaikum guys :)


Dah lama rasanya aku tak update pasal kos Masscomm ni, honestly ramai yang memberi komen dan bertanya mengenai kos ni dengan entry aku yang lalu. So today, aku akan share sekali lagi mengenai kos Masscomm di UiTM ni. Seperti semua tahu, aku adalah ex-student degree dekat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM | Faculty of Communication & Media Studies. Baru-baru aku buka website Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, memang banyak perubahan dan part yang paling best sekali adalah penambahan kos/program baru (degree) di fakulti ni iaitu MC249 (Bachelor of New Media Communication). 

By the way, seperti yang semua sedia maklum, kos pengajian Masscomm di UiTM ni tidak kisahlah diploma atau degree, kos pengajian ni hanya dibuka kepada anak keturunan Melayu, anak kelahiran negeri Sabah dan Sarawak serta Orang Asli sahaja. Lagi satu, baca dulu syarat am dan syarat khas program sebelum mengisi UPU, okay. Ini adalah untuk mengelakkan risiko atau peluang anda untuk masuk ke universiti semakin tipis. Kepada calon-calon yang berjaya menempatkan diri ke dalam Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM ni akan ditawarkan dengan salah satu bidang pengkhususan yang terdapat dalam fakulti ni.



By the way, pihak fakulti pun sudah membahagi-bahagikan kos pengajian mengikut kategori seperti di bawah ni.

Centre of Media Studies
  • MC241 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Journalism  
  • MC243 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Broadcasting  
  • MC245 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Publishing     
Centre of Strategic Communication
  • MC242 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Public Relations  
  • MC244 - Bachelor of Mass Communication (Hons) Advertising 
  • MC249 - Bachelor of New Media Communication (Hons)     
Centre of Communication 
  • MC246 - Bachelor of Communication (Hons) Instructional Communication & Training
  • MC247 - Bachelor of Communication (Hons) Interpersonal Communication  
  • MC248 - Bachelor of Communication (Hons) Communication Management & Policy
So, kepada sesiapa yang mempunyai kemusykilan atau nak tambah apa-apa info, korang boleh bagi cadangan di ruang komen bawah ni. Aku share apa yang aku tahu dan kalau ada silap atau kurang mengenai kos ni, aku minta maaf dan kalau boleh share lagi pasal maklumat atau info tambahan mengenai kos Masscomm UiTM ni. Selamat berkongsi maklumat. Adios.